Tentang Kami

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah diberi mandat untuk menerajui Jawatankuasa Pembangunan Industri di bawah Majlis Pembangunan Industri Halal menerusi keputusan Jemaah Menteri pada 21 Ogos 2019.


Empat Strategi:

Membudaya halal sebagai satu jenama dalam ekosistem keusahawanan;

Memantap keupayaan rantaian bekalan halal menerusi sinergi inter agensi;

Menghasil produk melalui adaptasi teknologi dan inovasi halal; dan

Meneroka pasaran secara bersasar dengan mengoptimum sumber

Bagi membangun keusahawanan halal di Malaysia berdasarkan strategi yang telah digariskan, KUSKOP bakal melaksana Program Pembangunan Keusahawanan Halal yang melibatkan aspek pembangunan kapasiti usahawan, pembangunan kapasiti produk, adaptasi teknologi dan inovasi serta akses pasaran.



Seksyen Pembangunan Halal, Bahagian Pembangunan Francais & Vendor,
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi,
Blok E4/5, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62668 Putrajaya, Malaysia

Emel: halal@kuskop.gov.my