GALERI AKTIVITI PERUSAHAAN SOSIAL

Maklumat Program

Persidangan Serantau AsiaEngage (AE2024)

  • Tarikh: 6 - 7 Mei 2024
  • Tempat: Hotel Bangi Resort
  • Anjuran: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Naratif: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Persidangan Serantau AsiaEngage kali ke 6 atau dikenali sebagai “6th AsiaEngage Regional Conference” secara bersemuka pada 6-7 Mei 2024 bertempat di Hotel Bangi Resort, Bangi yang bertemakan Keusahawanan Sosial Dalam Kalangan Belia untuk Pertumbuhan Mampan Komuniti ASEAN dan serantau (Young Social Entrepreneurship for the Sustainable Growth of ASEAN Community & Beyond).

    Objektif persidangan ini adalah untuk menyediakan platform antara pihak berkepentingan dari pelbagai sektor terutamanya Institusi Pengajian Tinggi, industri, yayasan, komuniti, NGO dan agensi kerajaan untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat terutamanya golongan belia di rantau ASEAN. Program ini telah menampilkan pengamal SE dan pembuat polisi dalam sesi dialog, workshop selain pembentangan kertas penyelidikan daripada ahli akademik.