GALERI AKTIVITI PERUSAHAAN SOSIAL

Maklumat Program

Bengkel Dan Klinik Program Pembudayaan Koperasi Sebagai Perusahaan SosialĀ 

  • Tarikh: 16 Mei 2024
  • Tempat: Institut Koperasi Malaysia Zon Timur, Kuantan, Pahang
  • Anjuran: Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil (BKPPK) & Institut Koperasi Malaysia (IKMa)
  • Naratif: BKPPK dengan kerjasama IKMa mengadakan bengkel dan klinik Program Pembudayaan Koperasi Sebagai Perusahaan Sosial yang bertujuan untuk menjelaskan lebih terperinci kepada koperasi mengenai ciri-ciri dan kriteria bagi menaraf dan mendaftarkan koperasi sebagai perusahaan sosial. Seterusnya, koperasi tersebut boleh mendaftar terus sekiranya memenuhi kriteria perusahaan sosial yang telah ditetapkan.

    Program ini melibatkan pegawai daripada BKPPK, IKMa, SKM dan anggota koperasi. Jumlah peserta yang terlibat di dalam program ini adalah seramai 47 orang daripada 29 koperasi di Pahang.