GALERI AKTIVITI PERUSAHAAN SOSIAL

Maklumat Program

Sambutan Hari Perusahaan Sosial 2024

  • Tarikh: 27 Jun 2024
  • Tempat: Asia School of Business (ASB), Kuala Lumpur
  • Anjuran: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
  • Naratif: Sambutan Hari Perusahaan Sosial ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai mengenai perusahaan sosial di samping memperkenalkan dan membantu perusahaan sosial memasarkan produk dan perkhidmatan mereka. Sambutan ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti sesi forum bersama ahli panel yang berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai ekosistem keusahawanan sosial dan peranan korporat dalam meningkatkan impak sosial di kalangan masyarakat. Sesi perkongsian kisah kejayaan perusahaan sosial yang telah berjaya dalam industri masing-masing diadakan bertujuan memberi inspirasi kepada para hadirin. Selain itu, KUSKOP turut menganjurkan Kursus Asas Keusahawanan Sosial dan Klinik Penarafan Perusahaan Sosial kepada peserta yang berminat serta jualan Buy Social yang melibatkan 50 usahawan sosial di seluruh Malaysia. YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi turut telah merasmikan Hari Perusahaan Sosial 2024 dan meluncurkan logo penarafan perusahaan sosial bagi ketiga-tiga tahap penarafan.

    Seramai lebih 380 orang telah menghadiri sambutan ini yang terdiri daripada wakil Kementerian dan agensi Kerajaan, wakil Kerajaan Negeri, perusahaan-perusahaan sosial, NGO dan koperasi yang berpotensi menjadi perusahaan sosial serta badan korporat.