logo

Noor Azman Bin Muhammad Noor

PERANAN CIO/CDO

    • Memantau pelaksanaan Pelan Strategik ICT (ISP) Kementerian yang mengandungi perancangan pengunaan IT dalam menyokong pencapaian matlamat Kementerian.

    • Memperkenalkan dan menyepadukan proses-proses yang cross functional antara agensi bagi menghasilkan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.

    • Menyelaras pembangunan, pengendalian dan pengurusan sistem dan infrastruktur IT yang utuh dan selamat serta berdasarkan kepada ciri modular, connectivity, inter-operability dan portability

    • Menentukan hala tuju sistem aplikasi Kementerian bagi mengurangkan masa dan kos pembangunan, penyelenggaraan dan pengoperasian.

    • Memelihara integriti data elektronik, menggalak perkongsian maklumat dan menyediakan kaedah bagi penyebaran maklumat secara elektronik kepada pengguna-pengguna yang sah sama ada dalam atau luar Kementerian.

    • Menganggotai Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan atau Jawatankuasa Utama yang menggubal dasar dan bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiusaha.

    • Mempromosikan kegunaan IT yang berkesan dan seiringan untuk mencapai matlamat strategik Kementerian dan bertindak sebagai agen dan perintis perubahan (Champion of Change).

    • Memimpin dan melibatkan Kementerian dalam usaha-usaha kerajaan untuk membangun dan melaksanakan projek IT sektor awam yang membawa dalam pengurusan dan pentadbiran perkhidmatan awam.

divider